JANGAN DITENTANG MATAHARI CONDONG, TAKUT TERTURUT JALAN TAK BERINTIS
Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan satu cerita lama sebenarnya iaitu pembuangan bayi. Nampak gayanya masalah sosial di kalangan masyarakat kita semakin meruncing. Kerajaan pun telah menjalankan tanggungjawabnya untuk menyelamatkan bayi-bayi ini. Namun begitu, punca kepada masalah ini tidak berapa diambil berat. Apakah puncanya? Puncanya ialah pergaulan remaja tanpa batasan.
Pergaulan dan keseronokan yang dialami oleh para remaja masa kini yang tidak mempunyaijati diri dan dangkal akal terutamanya si gadis. Bila bala berlaku yang menanggungnya hanyalah si gadis. Dengan akal yang dangkal, maka timbullah penyelesaian mudah.
Maka saya menyeru sesiapa yang terbaca tulisan ini, sama-samalah kita mengingati antara satu sama lain. Para gadis saya nasihatkan
JANGAN DITENTANG MATAHARI CONDONG, TAKUT TERTURUT JALAN TAK BERINTIS
Maksudnya
Hendaklah selalu beringat dan berhati-hati, jangan terpedaya oleh sesuatu yang elok dan baik rupanya.
Berhati-hatilah. Rapatkan diri kamu dengan Allah. Jangan amalkan 'free sex' (zina) kerana bila sudah mengandung barulah kita tahu sex itu 'free' atau tidak.

No comments:
Post a Comment