MALANG TAK BOLEH DITOLAK, MUJUR TAK BOLEH DIRAIH
Pada penghujung bulan April 2010 yang lalu, sekali lagi negara kita digemparkan dengan kisah seorang pelajar sekolah berumur 15 tahun yang mati ditembak polis dalam satu kejadian di Shah Alam. Semua orang tahu cerita ini dan berbagai spekulasi yang timbul tentang siapakah yang bersalah. Namun begitu, kita bukan hendak membincangkan siapakah yang bersalah di sini tetapi apakah pengajaran yang dapat diambil dari peristiwa tersebut.
Pengajaran yang dapat diambil dari peristiwa ini sesuai dengan peribahasa yang telah dibuat olehorang-orang Melayu dahulu iaitu
MALANG TAK BOLEH DITOLAK, MUJUR TAK BOLEH DIRAIH.
Maksudnya : Nasib buruk tidak dapat dielakkan dan nasib yang baik tidak dapat dicari-cari
Malang atau nasib buruk tidak dapat ditolak sekiranya menimpa ke atas kita. Manakala nasib yang baik pula tidak dapat dicari-cari. Kedua-duanya datang secara kebetulan dan kita hanya menerimanya. Kalau dari sudut agama , ia dipanggil Qada' dan Qadar dan kita perlu meredhainya.

No comments:
Post a Comment