Tuesday, 10 May 2011

PERIBAHASA-edisi ke 5

NAIK MEMBILANG ANAK TANGGA, TURUN SELANGKAH JEJAKLAH BUMI


Masa memainkan peranan dalam hidup. Begitulah juga saya. Minta maaf kerana lambat mengemaskini lens ini. Saya akan cuba untuk mengemaskini lens ini pada setiap minggu.

Naik membilang anak tangga. Apa maksudnya? Cuba bayangkan bila kita naik tangga, kita selalu mengira anak tangga. Sebab apa? Sebab kita tahunaik tangga itu penat. Ambil masa nak sampai ke atas. Tapi .....bila turun sekejap saja bukan?

Maksud peribahasa 'Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah bumi' ialah untuk memperolehi kejayaan selalunya memang lambat, tetapi apabila hendak jatuh mudah sekali. Malangnya dalam kehidupan biasanya bila kita jatuh, barulah kita tahu siapa kawan dan siapa lawan.

Sebab itu, jatuh itupun nikmat dari Allah s.w.t. Dari situlah kita bermuhasabah diri. Ingat! Sentiasa berusaha dahulu, barulah kita berserah kepadaNya.

Bagi mereka yang cuba mengecap kejayaan, berhati-hatilah dan semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment